Wednesday, June 1, 2011

TEMA 4 : ALIRAN BEBAN BADAN DALAM RUANG DAN MASA

4.1 Aliran

(a) Aliran terikat

(b) Aliran bebas

Tema ini menggunakan berat kepada kualitai pergerakan, kelancaran urutan serta penggunaan ruang dan masa

(a) Aliran terikat

Lakuan yang boleh diberhentukan dengan mudah dan serta merta. Aktiviti yang dilakukan terkawal dan boleh diberhentikan dalam kedudukan imbangan.

(b) Aliran Bebas

Menggunakan keseluruhan bahagian tubuh badan serentak dan melakukan aktiviti dengan berterusan, lancar, licin dan tersusun. Aktiviti dalam aliran bebas ini sukar diberhentikan dengan serta merta. Contoh: lompatan, gulingan dan pusingan

Tugasan

o Bunyikan muzik. Bayangkan lakuan binatang seperti arnab, kanggaru dan katak. Lakukan lakuan tersebut.

o Lakukan pergerakan bebas dan membeku bila berhenti. Menjadi patong bila berhenti

4.2 Ruang

(a) Terus

(b) Tidak Terus

Tema ini membantu kesedaran cara menggunakan ruang untuk melakukan berbagai pergerakan.

(a) Ruang Terus

Digunakan secara langsung dan tidak memerlukan kawasan yang luas. Contohnya pergerakan yang lurus, melengkung dan zig-zag. Ruang di lantai dan aras rendah sahaja digunakan

(b) Ruang Tidak Terus

Digunakan secara tidak langsung dalam berbagai aras dan dengan menggunakan kawasan yang luas dan sepenuhnya. Contoh: pusingan dan pulasan

Tugasan

o Bergerak dengan menggunakan keseluruhan tubuh badan ke “garis penamat” dengan berbagai cara seperti lurus, melengkung dan zig-zag.

o Gunakan keseluruhan tubuh badan untuk bergerak memenuhi ruang kawasan, arah, laluan, aras dan ekstensi.

4.3 Masa

(a) Pergerakan serentak

(b) Pergerakan berturut-turut

Masa ialah penglibatan bahagian tubuh badan melakukan pergerakan. Keseluruhan bahagian tubuh badan beargerak serentak atau satu bahagian tubuh badan mendahului pergerakan.

(a) Pergerakan Serentak

Keseluruhan bahagian tubuh badan bergerak serentak semasa melakukan peargerakan seperti lompatan dan gulingan

(b) Pergerakan Berturut-turut

Satu bahagian tubuh badan bergerak mendahului bahagian tubuh badan yang lain. Contoh: berjalan- sebelah atau satu kaki mendahului daripada bahagian badan yang lain

Tugasan

o Lakukan pergerakan seorang tua yang memikul seguni beras dan seorang budak yang bermain di papan gelungsur.

o Bergerak dengan pergerakan harian yang boleh membayangkan oergerakan serentak dan bearturut-turut

No comments:

Post a Comment