Tuesday, June 28, 2011

Asas Pendidikan Jasmani

Kursus Perguruan Lepas Ijazah
(Sekolah Rendah)

Pendidikan Jasmani

Asas

OBJEKTIF

1. Memahami dan menghuraikan konsep Pendidikan Jasmani

2. Menyatakan dan menerangkan definisi Pendidikan Jasmani

Perkembangan ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mementingkan kepada memperkembangkan dan mempertingkatkan potensi individu yang seimbang dan harmonis untuk membentuk individu yang berketrampilan.

DEFINISI PENDIDIKAN JASMANI

Pendidikan Jasmani menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman pembelajaran yang rapi dan berturutan.

Pettifor (1999)

DEFINISI PENDIDIKAN JASMANI

Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh yang memberi sumbangan kepada perkembangan dan peningkatan keseluruhan kanak-kanak melalui pengalaman pergerakan

Dauer (1995)

Pendidikan Jasmani merupakan aktiviti fizikal yang bermatlamatkan pendidikan. Pendidikan Jasmani berbeza daripada bidang lain kerana ia menumpukan kepada peningkatan keseluruhan individu. Bidang Pendidikan Jasmani memberi perhatian kepada kualiti fizikal, mental, dan emosi. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menegaskan elemen JERI dalam meningkatkan potensi individu.

PENILAIAN KENDIRI

1. Sejauhmanakah anda memahami konsep dan definisi Pendidikan Jasmani.

2. Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan kepada perkembangan dan peningkatan keseluruhan kanak-kanak melalui pengalaman pergerakan.

(Dauer 1995)

Berikan pendapat anda tentang kenyataan di atas.

REFLEKSI

1. Membuat rumusan dan kesimpulan berdasarkan tajuk

2. Melihat kekuatan dan kelemahan kendiri

SEKIAN

TERIMA KASIH

No comments:

Post a Comment