Tuesday, June 28, 2011

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI
JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
MAKTAB PERGURUAN ISLAM
BANGI

OBJEKTIF
Perkembangan ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mementingkan kepada memperkembangkan dan mempertingkatkan potensi individu yang seimbang dan harmonis untuk membentuk individu yang berketrampilan.
Pendidikan Jasmani menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman pembelajaran yang rapi dan berturutan.
Pettifor (1999)


DEFINISI PENDIDIKAN JASMANI
Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada program pendidikan yang menyeluruh yang memberi sumbangan kepada perkembangan dan peningkatan keseluruhan kanak-kanak melalui pengalaman pergerakan
Dauer (1995)


Pendidikan Jasmani merupakan aktiviti fizikal yang bermatlamatkan pendidikan. Pendidikan Jasmani berbeza daripada bidang lain kerana ia menumpukan kepada peningkatan keseluruhan individu. Bidang Pendidikan Jasmani memberi perhatian kepada kualiti fizikal, mental, dan emosi. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menegaskan elemen JERI dalam meningkatkan potensi individu.


MATLAMAT

PENDIDIKAN JASMANI
Dalam konteks global, Pendidikan Jasmani yang menjurus ke arah perkembangan dalam pelbagai bidang, matlamat Pendidikan Jasmani membantu murid-murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.

TUJUAN
PENDIDIKAN JASMANI
• Mempertingkatkan kemahiran motor yang sesuai, bermula dengan kemahiran motor asas, kemudian menjurus ke arah kemahiran sukan khusus dan akhirnya menitikberatkan sukan seumur hidup.
• Mempertingkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang sesuai untuk kesihatan dan mengajar mengapa kecergasan adalah penting dan bagaimana ia mempengaruhi kesihatan.
• Membantu individu mencapai kesihatan yang optimum dan memberi sumbangan kepada matlamat masyarakat.


OBJEKTIF

PENDIDIKAN JASMANI
1. Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.
• Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan individu.
• Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal.
• Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian.
• Membentuk sahsiah, disiplin diri dan buat keputusan bijak dalam kehidupan seharian.


PRINSIP-PRINSIP
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN JASMANI
1. Adakan tujuan khas yang ditulis dalam bentuk objektif pengajaran iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.
2. Dedahkan cuma satu kemahiran baru sahaja dalam sesuatu kemahiran yang diajar.
3. Masa dihadkan dan mencukupi untuk sesuatu gerakerja.

• Beri peluang murid berlatih (latihtubi) atau mengambil bahagian sepenuhnya.
• Latihtubi secara ansurmaju dengan cara mempelbagaikan gerakerja dan bentuk latihannya perlu ada kesinambungan.
• Adakan pertandingan bersyarat ataupun permainan kecil.
• Pengajaran latihan perlu dirancang terlebih dahulu degan teliti.
• Tenaga pengajar berada di tempat yang sesuai agar mudah dilihat oleh murid.
• Elakkan bercakap atau memberi arahan selagi murid tidak sedia atau beri perhatian.
• Langkah mengajar perlu ada aspek 5P iaitu
P1 - Penerangan (semasa)
P2 - Praktik (latihtubi)
P3 - Perlakuan (tunjukcara)
P4 - Permainan (pertandingan)
P5 - Penyeliaan (Pembetulan)

11. Adakan penilaian dan refleksi.

STRATEGI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN JASMANI

KAEDAH
Kaedah sebagai satu cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dan langkah penyampaian yang tersusun. Contoh kaedah perbincangan, demonstrasi, penyelesaian masalah, simulasi dan projek.

STRATEGI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN JASMANI

TEKNIK
Teknik merupakan kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar bagi sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajran. Contoh teknik bercerita,bersyarah, latihtubi,sumbangsaran dan main peranan.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN JASMANI

STRATEGI
Strategi merupakan satu penentuan dan perancangan kaedah dan teknik untuk mencapai objektif jangka panjang. Terdapat sembilan contoh strategi pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Jasmani
CONTOH STRATEGI

1. Belajar Cara Belajar (BCB)
2. Kemahiran Berfikir (KB)
3. Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP)
4. Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT)
5. Kajian Masa Depan (KMD)
6. Pembelajaran Akses Kendiri (PAK)
7. Pembelajaran Masteri (PM)
8. Pembelajaran Secara Konteksual (PKT)
9. Pembelajaran Secara Konstruktivisme (PKS)

KANDUNGAN
SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN JASMANI
TUNJANG 1 - KECERGASAN

TUNJANG 2 - KEMAHIRAN

TUNJANG 3 - KESUKANAN
TUNJANG 1 - KECERGASAN
1(a). BERASASKAN KESIHATAN
i. Dayatahan Kardiovaskular
ii. Dayatahan Otot
iii. Kekuatan
iv. Kelenturan
v. Komposisi Badan
TUNJANG 1 - KECERGASAN
1(b). BERASASKAN PERLAKUAN
i. Kuasa
ii. Imbangan
iii. Ketangkasan
iv. Kepantasan
v. Koordinasi
vi. Masa Tindakbalas
TUNJANG 2 - KEMAHIRAN
i. Pergerakan Asas
ii. Permainan
iii. Olahraga
iv. Gimnastik
v. Pergerakan Kreatif
vi. Rekreasi
vii. Kesenggangan
TUNJANG 3 - KESUKANAN

i. Keselamatan
ii. Pengurusan
iii. Kerjaya
iv. Isu PJ dan Sukan
v. Etika

PENGAJARAN MIKRO

RANCANGAN TAHUNAN
PENDIDIKAN JASMANI


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN JASMANI

Matapelajaran : Tarikh :
Tunjang : Masa :
Tajuk : Tahun :
Sub.Tajuk : Bil.Murid :

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :

Psikomotor :
Kognitif :
Afektif :

Pengalaman Lepas :
Penerapan Nilai :
Pengabungjalinan :
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
PENDIDIKAN JASMANI
SIFAT-SIFAT SETOR YANG BAIK
1. RUANG
Tempat untuk menyimpan alatan yang ada mestilah mencukupi.

2. KESELAMATAN
Pembinaanya mestilah kuat dan boleh menjamin keselamatan alatan

• PEREDARAN UDARA
Dengan peredaran udara yang baik, mutu dan keadaan alatan adalah terjamin dan tidak mudah rosak.
4. KEDUDUKAN
Tempat yang paling sesuai adalah di bahagian bangunan yang berhampiran dengan padang supaya pengangkutan alatan mudah dan masa tidak terbuang semasa mengambil dan memulangkan peralatan.

5. PEMBAHAGIAN
Dengan adanya bahagian-bahagian yang tertentu, alatan dapat disusun dengan kemas dan teratur. Ini akan memudahkan tugas menyimpan dan mengeluarkan alatan pada
bila-bila masa.
PANDUAN PENYIMPANAN, PENJAGAAN DAN PENYUSUNAN
PERALATAN DALAM SETOR
• Mempunyai kemudahan seperti almari, rak bertingkat, kotak kayu, bakul dan terdapat penyangkut pada dinding supaya mudah menyimpan alatan.
• Alatan yang berharga perlu disimpan dalam almari yang berkunci seperti jam randik, pita ukur, kasut spike dan lain lagi.
• Setiap bahagian atau perkakas yang akan digunakan untuk menyimpan alatan mestilah dilabelkan dengan jelas supaya alatan tidak bercampur.
• Peralatan yang selalu digunakan perlu disusun di bahagian luar supaya senang diambil apabila diperlukan.
• Alatan yang tajam hendaklah disimpan bahagian tajam menghadap ke dalam atau ke bawah untuk keselamatan.
• Alatan mestilah sentiasa dibersihkan jikalau kotor, sebelum disimpan semula di dalam setor.
• Setor sukan hendaklah sentiasa bersih, teratur dan kemas.
PENGELOLAAN SETOR SUKAN
1. GURU PENGAWAS
Setor sukan adalah di bawah jagaan seorang guru pendidikan jasmani atau setiausaha sukan.

2. PEMBANTU
Untuk menyenangkan tugas guru pengawas setor sukan, pembantu terdiri daripada murid hendak
lah ditugaskan dengan kerja tertentu mengikut tugas yang disediakan dalam penyelengaraan setor sukan.

• PERATURAN SETOR SUKAN
Peraturan-peraturan setor sukan perlu disenaraikan untuk pengetahuan dan makluman semua yang meng
gunakannya.
4. BUKU CATATAN
Segala pinjaman alatan hendaklah direkodkan dalam sebuah buku dengan menunjukkan butir-butir yang cukup.

• BUKU STOK
Sebuah buku stok perlu disediakan untuk menunjukkan catatan tentang segala peralatan yang patut sedia ada dalam setor sukan. Catatan ringkas tentang alatan yang telah rosak, hilang dan perlu diganti juga hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa.
PENILAIAN KENDIRI

REFLEKSI

SEKIAN
Terima Kasih

No comments:

Post a Comment

Post a Comment