Monday, June 6, 2011

PERMAINAN-PERMAINAN KECIL MANIPULASI ALATAN Bola

i. BOLA BERACUN (SCATTER)

Objektif : 1.Mengelakkan diri dari terkena bola yang dileretkan pemain lain.

Peralatan : Bola, skital,

Kemahiran ; Berlari, mengelak, menangkap, melontar, meleret.

Pengelolaan : 1.Pelajar membentuk bulatan, atau menanda kawasan permainan

dengan skital.

2.Beberapa biji bola diedarkan secara rawak.

3.Beberapa pelajar berkeliaran dalam kawasan permainan .

4.Pemain yang memegang bola dikehendaki meracun memain yang di

dalam bulatan, kawasan permainan.

5.Perejam hanya dibenarkan memegang bola selama 5-7 saat sahaja.

Bagaimana : 1. Permainan dimulakan dengan tiupan wisel.

bermain 2. Pemain yang diluar kawasan dikehendaki meracun pihak

yang berada di dalam bulatan dengan bola . Bahagian

pinggang ke bawah sahaja balingan boleh dibuat.

3. Pemain yang terkena bola dikehendaki keluar bulatan.

4. Permainan berterusan sehingga seorang sahaja pemain berada

di dalam.




Peringatan guru : 1. Pemain diingatkan melihat arah mereka berlari.

2. Gunakan kaedah meleretkan bola bukan merejam.


TAJUK-TAJUK KERJA KURSUS

  1. Bola
  2. Pundi kacang
  3. Gelung rotan
  4. Tali skipping.
  5. Gabungan 3 alatan ( contoh : bola, pundi kacang, gelung rotan

No comments:

Post a Comment