Wednesday, June 1, 2011

TEMA 2 : KESEDARAN RINTANGAN KEPADA BEBAN DAN MASA

Beban

Kesedaran rintangan beban membolehkan kawalan pergerakkan. Anda dapat menghasilkan pergerakkan yang kuat atau lembut untuk membayangkan idea atau perasaannya.

(a) Halus-ringan : Lakukan pergerakkan yang lembut, halus dan sensitive menggunakan kekuatan otot yang ringan semasa bergerak bebas dan setempat.

(b) Berat-kuat : Lakukan pergerakkan yang tegas ,kuat, bertenaga dan pantas. Memerlukan tenaga dan menggunakan otot-otot yang kuat.


Masa

Fokus terhadap cara tubuh badan bergerak dan pengawalan pergerakan untuk membayangkan idea atau perasaan.

(a) Serta-merta : Pergerakkan dilakukan dalam masa yang singkat. Pergerakkan ini cepat, tegas, bersopan dan dinamik. Ini dirasakan secara cetus,bertenaga seperti mengeletar dan memerlukan tenaga otot badan yang kuat dan segera (staccato)

(b) Kawal-lambat : Pergerakkan yang perlahan, mengambil masa dan dapat dikawal.Lakuannya lambaat, licin, beralun dan berayun, boleh dirasakan sebagai sesuatu yang tidak perlu cepat atau tergesa-gesa (legato) . Pergerakkan ini boleh dilakukan dengan bahagian tubuh badan yang berasinagan sepearti kepala, bahu, siku, jari, pinggul,lutut, kaki dan sebagainya.


Beban dan Masa

Empat kombinasi beban dan masa membolehkan pengalaman pergerakkan yang berbeza dan unik. Ini menunjukkan prkaitan antara pergerakkan dan rangkaian pergerakan.

(a) Berat dan Kawal-Lambat: Sesuatu pergerakkan yang kuat.
Kekuatan dirasakan diseluruh tubuh badan dan mengambil masa untuk dilakukan.


(b)
Halus dan Serta-Merta; Sesuatu pergerakkan yang aktif, spontan dan menunjukkan semangat.

(c)
Berat dan Serta-Merta: Sesuatu pergerakkan yang menunjukkan tenaga dan kekuatan seperti hentakan dan lompatan.

(d)
Halus dan Kawal-Lambat: Sesuatu pergerakkan yang tenang dan tenteram menggunakan keseluruhan tubuh badan.


1.1
Beban: (a) Halus-ringan

(b) Berat-kuat


Tugasan:

o
Mulakan aktiviti menggunakan bahagian –bahagian tubuh badan dengan cara halus-ringan dan berat-kuat
o Rangkaikan pergerakkan berat-kuat dan halus-ringan .

1.2
Masa: (a) Serta-merta

(b) Kawal-lambat


Tugasan:


o
Meniru pergerakkan seorang peninju dan burung yang terbang diudara
o
Bunyikan muzik yang rancak dan perlahan. Ikut alunan pergerakkan muzik tersebut.
o
Gerak edar atau gerak setempat. Gunakan bahagian tubuh badan yang berlainan untuk menghasilkan pegerakkan serta-merta dan kawal-lambat

1.3
Beban dan Masa

(a) Berat dan Kawal-Lambat

(b) Halus dan Serta-Merta

(c) Berat dan Serta-Merta

(d) Halus dan Kawal-Lambat



Tugasan:


o
Gunakan tali untuk menghasilkan empat jenis kombinasi pergerakkan.
o
Bergerak dengan berat dan serta-merta dan juga 3 kombinasi yang diatas.

No comments:

Post a Comment