Monday, June 6, 2011

TEMA 1 ; KESEDARAN TUBUH BADAN

Penekanan diberi kepada penggunaan keseluruhan tubuh badan bertujuan.

Utamakan penggunaan bahagian tubuh badan yang berlainan
memberi pengalaman bergerak dan berhenti secara bebas dan terikat supaya mencapai kawalan aliran pergerakkan .

(a) Aktiviti lokomotor ialah pergerakkan dari satu tempat ke satu tempat ke tempat yang lain

(b) Aktiviti bukan lokomotor ialah pergerakkan setempat dan tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh badan iaitu aktiviti buka-tutup ,naik-turun dan pusing-putar.


Daya cipta kreatif dapat dilihat dalam variasi pergerakkan lokomotor dan bukan lokomotoryang diciptakan untuk menunjukkan perasaan dan idea yang sesuai.

1.1 Keseluruhan tubuh badan

(a) Lokomotor

(b) Bukan Lokomotor


Tugasan:

o Gerak bebas dan berhenti secara membeku bila isyarat diberi
o
Naik-turun , buka- tutup, pusing-putar dengan keseluruhan tubuh badan sambil bergerak
o Lakukan tiga aktiviti gerak bebas dan rangkaikan beberapa aktivit gerak edar dengan pergerakkan setempat

1.2 Bahagian-bahagian tubuh badan.

Setelah menyedari bagaimana badan digerakkan,anda perlu faham konsep bahawa tubuh badan boleh membawa pergerakkan seperti bahu, siku,pergelanggan tangan, tangan dan pinggang. Ini ialah kesediaan keupayaan tubuh badan untuk menyokong, memimpin dan menerima berat tubuh badan . Daya cipta kreatif dapat dilihat dalam pelbagai cara semasa bahagian-bahagian tubuh badan digunakan untuk menghasilkan kesan pergerakan yang berlainan.


Tugasan


o
Bunyikan muzik. Gerakkan tubuh badan yang berlainan mengikut muzik.
o Bergerak bebas dengan menggunakan bahagian tubuh badan yang berlainan
o
Naik dan turun setempat . Gunakan bahagian tubuh badan yang berlainan untuk mendahului pergerakkan tersebut.

o Lakukan pergerakan buka-tutup dan gerak bebas. Gunakan bahagian tubuh badan yang berlainan untuk mendahului pergerakkan tersebut.
o
Rangkaikan gerak edar .

No comments:

Post a Comment